Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada pertengahan kurun Masihi ke 19, orang-orang Cina dari Kampung Ghee Hind dan Hai San telah datang dari Sungai Ujung ke Mukim Setul membuka lombong bijih timah dari Bukit Kopak sehingga Batu Lapan Setul. Mereka menggunakan dulang kayu untuk mendulang dan melampan semasa mencari bijih timah. Sebahagian dari orang-orang Cina itu melampan dan mendulang hingga ke atas Bukit Kopak. Mereka menarah tebing bukit itu untuk dijadikan tangga bagi memudahkan naik ke atas bukit tersebut. Tebing bukit yang ditarah itu mengandungi bijih timah. Mereka menyapu tanah tangga yang mengandungi bijih timah ke dalam sambil memejamkan mata.

Hasil daripada perbuatan menyapu sambil memejamkan mata, dua peristiwa penting telah berlaku. Pertama Bukit Kopak bertukar nama menjadi Bukit Sapu Tangga. Kedua Sungai yang mengalir di tepi Bukit Kopak dinamakan Sungai Pejam atau Sungai Pajam.

Sebuah pekan kecil telah dibuka oleh orang-orang Cina Tersebut untuk mereka berniaga, membeli-belah, bermain mahjung dan menghisap candu. Pekan tersebut dinamakan Pekan Sapu Tangga atau Pekan Pajam sekarang ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

PROGRAM ADVOKASI - BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar berkaitan dengan apa namanya Klik Dengan Bijak. Tayangan video buli cyber juga bertujuan untuk melatih serta menambahkan ilmu pengetahuan pelajar berkaitan APA ITU BULI?...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN MEWARNA BERSAMA PELAJAR TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2018

Program ini memberi pendedahan tentang beberapa slot KDB yang telah digaris panduankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkenaan etika melayari internet....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

PEMBELAJARAN SEMULA SLIDE BERKAITAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Aktiviti ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelajar berkaitan dengan apa namanya KLIK DENGAN BIJAK. Internet ialah satu dunia yang menarik dan menyeronokkan. Namun, ia juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Jika tidak digunakan dengan bijak, ia boleh mengundbagai masalah dan bahaya....baca selanjutnya

PROGRAM KARNIVAL SEBENARNYA.MY

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Program Karnival SEBENARNYA.MY adalah sebuah program mengenai forum bicara perdana yang bertajuk berita palsu musuh Negara.Selain itu terdapat aktiviti zumba, pertandingan sharp shooter 30n3 (bola jaring), pertandingan sepak raga bulatan, pertandingan street soccer, aktiviti memanah dan buskers...baca selanjutnya

PROGRAM RIANG RIA KASIH

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2018

Program Riang Ria Kasih adalah program menghiburkan kanak-kanak yang merangkumi ahli-ahli PI1M Pajam. Program ini membuktikan bahawa petugas pi1m berupaya untuk berhadapan dengan kerenah dan sikap dari kanak-kanak yang tentunya kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai ragam....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti